Kita Kena Fokus Liga Super- Tan Cheng Hoe

Lupakan Piala Malaysia, Fokus kepada liga Super. itulah yang dipesan oleh tan cheng hoe sebagai jurulatih pasukan Selangor selepas kekalahan di singkirkan pasukan Terengganu baru-baru ini. Ditambah pula merek akan bertemu dengan terengganu sekali lagi pada malam ini dan pasti ia tugas sukar buat pasukan itu.

Tan Cheng Hoe berkata; 

"Kita kena lupakan dan fokus untuk aksi berikutnya dalam Liga Super menentang Terengganu sekali lagi.

Kita Kena Fokus Liga Super- Tan Cheng Hoe


"Pemain kena ambil ia sebagai pengajaran (kekalahan dalam suku akhir Piala Malaysia) terbaik," katanya yang juga bekas pengendali skuad Harimau Malaya sebelum ini.


"Apa yang penting kita kena fokus tentang kedudukan nombor dua, kita tahu buat masa ini pemain-pemain alami tekanan yang besar untuk dapatkan tangga kedua itu.


"Apapun kita tahu kelemahan dan kekuatan kita, dan kita tahu kita mampu mengekalkan posisi tersebut dengan kita perlu bekerja keras.


"Setiap pemain kena pastikan komitmen dalam latihan. Cuma bukan mudah nak susun (kekalkan momentum) selepas perlawanan dengan Terengganu, kerana ada rehat yang panjang sebab kita tak main di separuh akhir Piala Malaysia nanti.


"Tapi ia bukan alasan, dan kami di bahagian jurulatih akan memastikan pemain sentiasa bersedia sehingga hujung musim," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama