Kami Bersedia Bertemu Selangor - Habib Haroon

Pemain tengah dan juga kapten pasukan terengganu FC, Habib Haroon meluahkan keyakinannya untuk mempamirkan aksi terbaik pasukan itu menentang pasukan Selangor di laman sendiri malam ini.


Kami Bersedia Bertemu Selangor




Habib berkata kepada media,


"Secara keseluruhan pasukan kami sentiasa bersedia untuk semua pasukan yang ditentang termasuk Selangor FC kerana kami percaya semua pasukan mempunyai kualiti dan apa yang diperlukan untuk bersaing.


"Misi kami pastinya mahu mengekalkan rekod tanpa kalah sekali gus bakal meningkat lagi motivasi kami untuk perlawanan seterusnya dalam saingan liga, Piala Malaysia dan Piala AFC.


"Namun kami sedar perlawanan menentang Selangor sentiasa sukar sebagaimana tiga aksi terdahulu musim ini, tapi dengan persiapan pasukan saya amat percaya kemenangan akan menjadi milik kita lebih-lebih bermain di tempat sendiri," katanya.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama