Aidil Sharin, Kuching City Menang Lawan Kedah

 Aidil Sharin, Kuching City Menang Lawan Kedah. Tatkala perlawanan tertumpu kepada ACL, ada juga perlawanan yang berlangsung di dalam negara iaitu Challenge cup 2023. Perlawanan yang menjadi tumpuan adalah perlawanan kuching city vs kedah.

Kuching city yang di latih oleh bekas jurulatih kedah, Aidil Sharin nampak bermain agak baik sehinggakan mereka berjaya mendapat kelebihan 1 gol di tempat sendiri apabila mengalahkan kedah dengan jaringan 1-0.


Aidil Sharin, Kuching City Menang Lawan Kedah


Kedua-dua pasukan bermain baik dan saling berbalas serangan. Namun kekemasan pasukan kuching city dalam bertahan agak menyukarkan pasukan Kedah menjaringkan gol. 

Seawal minit ke 6, kuching city menyerang pasukan kedah menerusi rembatan deras abu kamara namun percubaan tersebut tersasar ke luar garisan. 

paad minit ke 38, abu kamara sekali lagi mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi percubaannya tersasar jauh walaupun berada di depan penjaga gol kedah, Ifwat.


 Pada minit ke 49 masa kecedaraan separuh masa pertama, kedah menyerang dari arah kiri gol menerusi partiban. dia membuat hantaran lintang ke tengah kotak penalti, namun tandukan hidalgo terkena palang.


bersambung babak kedua, amir amri membuat hantaran cantik ke petros shitembi namun percubaannya tersasar. Kuching city mendapat gol yang dicari pada minit ke 84 selepas izuan menhantar bola ke tengah kotak penalti dan di sambar oleh abu kamara dan menjaringkan gol tersebut.

Keputusan akhir, Kuching City  1-0 Kedah.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama