-->

Kedah dimalukan Pasukan Perak di Darul Aman

Dalam aksi timbal balik di stadium darul aman semalam, kita saksikan kegemilanagan skuad perak apabila mereka mengalahkan tuan rumah kedah dengan agregate 4-3 untuk layak ke pusingan seterusnya.


Ini juga menyaksikan skuad kedah tersingkir dari Piala Malaysia dan ia satu pencapaian yang memalukan skuad tersebut musim ini.



Kedah dimalukan Pasukan Perak di Darul Aman


Walaupun mereka menang tetapi mereka kalah dari segi agregate. 


Perak mempunyai peluang awal pada minit ke 7 apa bila seo seonung membuat tendangan rendah dan berjaya dibaca oleh penjaga gol kedah dan menepisnya.


Kedah juga hampir mendapat bolos awal namun bernasib baik apabila jaringan luka dibatalkan kerana offsaid.


Anak buah nafuzi zain mendapat penalti pada minit ke 27 apabila bola terkena tangan pemain perak dan hidalgo berjaya menjaringkan gol tersebut. Keputusan kekal sehingga separuh masa selesai.


bersambung separuh masa kedua, Perak terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila Khairul asyraff mendapat kad merah selepas menendang perut amirbek. 


Ia jelas memberi tamparan buat skuad perak. 


Menambah derita perak, Akmal Zahir berjaya mendapatkan gol kedua mereka pada minit ke 82 untuk mengikat kedudukan agregate perlawanan.


Namun perak lebih bernasib baik apabila mendapat gol yang dicari selang beberapa minit iaitu pada minit ke 85 menerusi Seo Seonung.


Keputusan akhir, Kedah 2-1 Perak. pasukan anak buah yusri che lah berjaya mengalahkan kedah menerusi agregate 4-3.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama