Derbi Pantai TImur: Terengganu Belasah Kelantan Sampai Jatuh

Kebangkitan pasukan kelantan terhalang selepas mereka ttewas besar kepada jiraan mereka iaitu Terengganu FC dalam perlawanan liga super di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.


Gol pertama terhasil seawal minit ke 13 menerusi ivan mamut yang menanduk bola masuk ke gawang gol menewaskan penjaga gol kelantan.


Terengganu Belasah Kelantan Sampai Jatuh



Padda minit ke 27 pula,  Nurillo menjaringkan gol kedua menerusi tandukan juga apabila dia mendapat hantaran cantik dari Sony Norde lalu menanduk masuk ke gawng gol kelantan.


Gol ketiga muncul apabila nik sharif menjaringkan gol selepas mendapat bola dari penjaga gol kelantan yang melakukan kesilapan pada minit ke 35.


Sebelum rehat babak pertama, Engku Shakir berjaya menjaringkan gol menerusi back header selepas menerima sepakan sudut dari sony norde.


Bersmbung babak kedua, hanya memerlukan satu minit, terengganu menjaringkan gol ke 5 mereka menerusi pemain Safwan mazlan yang mendapat bola dari sepakan sudut sony norde.


Gole keenam pula muncul apabila ivan mamut mengacah pertahanan kelantan dan menjaringkan gol menerusi jarak dekat pada minit ke 53.


Kemudian hakimi abdullah menambah derita kelantan fc dengan menjaringkan gol ke 7 pasukan itu pada minit ke 63.


kemudian pada minit ke 66, terengganu menutup malam mereka dengan hatrik ivan mamut pada malam tersebut.


Keputusan akhir, kelantan 0 -8 terengganu

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama