Sabah Belasah Sri Pahang Di Stadium Likas

Pasukan Sabah tampil bertenaga dalam perlawanan di tempat sendiri menentang pasukan Sri Pahang. Mereka berjaya mengalahkan pasukan pelawat dengan jaringan besar.


Sabah Belasah Sri Pahang Di Stadium Likas


Faktor persaraan Badrol Bakhtiar juga menjadi faktor kehebatan dan kematangan pasukan Sabah dalam perlawanan semalam.


2 Gol dihasilkan dalam separuh masa pertama menerusi daren lok pada minit ke 8 dan juga daripada Ramon Machado pada minit ke 44. Machado yang mendapat bola dari saddil ramdani selepas gearakan pantas serangan balas pasukan sabah menghasilkan golnya itu.


Bersambung separuh masa kedua, pasukan sang badak berjaya mendapatkan gol pada minit ke 65 juga menerusi Daren Lok. 


Ia bermula dengan pergerakkan pantas Saddil Ramdani dari tengah padang menuju ke pintu gol pasukan pahang. kemudia dia menghantar bola tersebut ke bahagian kanan padang dan diterima oleh Irfan Fazail.


Irfan cuba acah pertahanan sri pahang dan kemudian memberi bola kepada pemain yang meluru kepadanya iaiu Daren Lok dan Lok terus membuat percubaan dan gol dijaringkan begitu cantik.


Kemudian selang beberapa minit sahaja, Sabah mendapat gol keempat menerusi pemain tengah kebangsaan Stuart Wilkin.


Sekali lagi counter attack pasukan Sabah menjadi apabila pakr tae su memulakan serangan selepas mendapat bola di bahagian sabah. Dia melambungkan bola ke tengah padang dan diterima oleh pemain sri pahang yang gagal menanduk keluar.


Bola tersebut di rampas oleh stuart wilkin dan kemudian dia membuat chip melepasi penjaga gol sri pahang yang meluru keluar dari kawasannya. 


Bola chip tersebut masuk dan menghasilkan gol terakhir untuk Sabah.


Keputusan Akhir, Sabah 4-0 Sri Pahang.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama