Rafael Silva Pilihan Sri Pahang Perkuat Jentera Serangan

Penyerang Sri Pahang yang baru sahaja diumumkan semalam iaitu Rafael Silva diperkenal secara rasmi menerusi laman sosial pasukan berkenaan. Jendela perpindahan pemain sudah bermula di pertengahan musim jadi Sri Pahang tidak melepaskan peluang untuk memperbaiki mutu serangan pasukan mereka.


Rafael Silva Pilihan Sri Pahang Perkuat Jentera Serangan


Rafael Silva Pilihan Sri Pahang Perkuat Jentera Serangan

Menerusi hantaran facebook mereka, sri pahang berkata;  


"Pemain berusia 32 tahun dari Brazil ini didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Liga M yang dibuka bermula hari ini dan bakal menjadi taruhan terbaharu Fandi Ahmad (ketua jurulatih) bagi memperkasa barisan serangan.


"Rafael membawa bersama pengalaman luas beraksi di pelbagai divisyen di negara kelahirannya, malah bola sepak Asia Tenggara juga bukanlah asing buatnya yang pernah mewakili beberapa kelab di Liga Indonesia.



"Selamat datang Rafael ke bumi Pahang, semoga dapat menyinar dan memenangi hati penyokong di Darul Makmur," katanya.

Kalau dilihat skuad sri pahang sekarang ini, kita lihat yang kpah sherman bakal di gandingkan dengan rafael silva selepas penyertang mereka sebelum ini mengalami kecederaan jangka masa panjang.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama