Penang Menang Tipis Keatas Kelantan

Satu kejutan berlaku di stadium bandaraya semalam apabila pasukan pelawat terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan. Kelantan bermain baik dalam perlawanan ini namun rezeki tidak menyebelahi mereka.


Penang Menang Tipis Keatas Kelantan


Penang Menang Tipis Keatas Kelantan


Gol pertama dijaringkan oleh Harith Akif pada minit ke 11 jelas mengejutkan penyokong dan pemain penang fc. Hal ini kerana kelantan agak bergelut pada beberapa perlawanan sebelum ini.


Penang yang jelas merespon selepas gol itu dan mereka berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke 19 menerusi sepakan percuma cantik menerusi pemain Hadin Azman.


Kemudian pada minit 30, Hadin sekali menjaringkan gol kedua penang. Penang terus menambah derita kelantan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi tandukan Rafael Vitor pada minit ke 41.


Sebelum rehat seapruh masa pertama, kelantan berjaya mendapatkan gol kedua mereka dan merapatkan jurang menerusi Siringoringo pemain import dari Indonesia.


Bersambung babak kedua, kelantan berjaya mendapat gol awal menerusi harith akif pada minit ke 46 selepas dia mendapat hantaran M Rakesh.


Kedudukan ini kekal sehingga minit ke 83 apabila penang menjaringkan gol kemenangan mereka menerusi pemain Ikmal Rizal. Keputusan akhir, Penang 4-3 Kelantan.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama