JDT Perlu Hati Hati

Menjelang final Piala Fa tidak lama lagi, pengkritik sukan, Hasnizam berkata pasukan JDT perlu berhati-hati dan waspada dengan taktikal ajaib yang akan ditunjukkan oleh jurulatih KL City dalam perlawanan tersebut.


Walaupun kelebihan terletak kepada JDT yang akan bermain final di tempat sendiri dengan pemain yang hebat. Namun harus diingat, mereka berputih mata apabila kalah kepda kl city dalam salah satu edisi final sebelum ini.


JDT Perlu Hati Hati




Hasnizam berkata kepada harian metro, 


"Bukan menidakkan keupayaan KL City FC tapi di atas kertas pasukan itu bukan sahaja perlu berdepan kesebelasan pemain JDT yang gemar bermain secara pantas dan melakukan transisi bola dengan konsisten malah perlu berdepan atmosfera stadium yang dibanjiri oleh penyokong JDT sendiri.



"Bagi saya tugas berat menanti anak didik Hodak ditambah kecederaan yang dialami Giancarlo (Gallifuoco) tampak menjejaskan persiapan pasukan itu.


"Besar kemungkinan JDT bakal turun dengan corak permainan yang berbeza dan mengamalkan aksi berintensiti tinggi malah mereka tidak boleh hilang fokus sepanjang 90 minit perlawanan," katanya.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama