JDT Belasah Kelantan Lagi!!

Bagai sudah tahu keputusan perlawanan sebelum perlawanan bermula. Pasukan juara liga super JDT berjaya mengalahkan pasukan kelantan dalam perlawanan liga semalam yang berlangsung di Stadium sultan muhammad ke IV.


JDT Belasah Kelantan Lagi!!


Dalam perlawanan tersebut, pasukan kelantan tewas 0-5 kepada JDT. 

JDT terlebih dahulu menjaringkan gol seawal minit kesembilan menerusi import, Fernando Forestieri.   


Pada minit ke-22, Oscar Arribas menjaringkan gol kedua pasukan JDT dihadapan penyokong kelantan. keputusan kekal sehingga separuh masa pertama selesai.


bersambung separuh masa kedua, pasukan kelantan mempunyai peluang untuk merapatkan jurang apabila percubaan Fazrul Amir agak tersasar dari gawang gol.


Pada minit ke 60, JDT berjaya mendapatkan gol ketiga mereka menerusi Forestieri apabila kegegalan penjaga gol kelantan mengeluarkan bola akhirnya membuatkan mereka bolos.


Kemudian pada minit ke 64, Bergson menjaringkan gol keempat perlawanan dan akhyar menamatkan malam gemilang mereka dengan gol kelima pasukan itu pada minit ke 77. 


keputusan akhir, kelantan 0 - 5 JDT.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama