Badminton: Jun hao Mahu Kejar Zii Jia dan Tze Yong

Jun hao Mahu Kejar Zii Jia dan Tze Yong. Bintang badminton negara yang sedang meningkat naik ini baru sahaja memenangi kejohanan kebangsaan dilihat mampu menjadi pelapis pemain persoarangan lelaki negara. 


Jun hao juga berkata matlamatnya adalah memasuki kelompok 50 terbaik dunia pada pertengahan tahun dan memasuki top 32 menjelang tahun 2024 nanti.


"Sasaran awal saya tahun ini adalah untuk berada dalam kelompok 50 terbaik dunia dan saya hampir mencapainya. Saya berharap menjelang akhir tahun ini, saya boleh berada dalam kelompok 32 terbaik dunia supaya saya dapat sertai kejohanan yang lebih besar," kata Jun Hao.


Jun hao Mahu Kejar Zii Jia dan Tze Yong



"Apabila anda banyak beraksi dalam kejohanan yang besar, ia akan membantu anda untuk meningkatkan prestasi dan konsistensi.


"Sebab itu, saya perlu berusaha untuk berada dalam kelompok 32 terbaik dunia bagi menyertai kejohanan yang besar," katanya yang ketika ini berada di ranking ke-54 dunia.


"Saya teruja untuk menentang Kean Yew, sudah tentu saya akan cuba berikan tentangan sengit dan buat yang terbaik dalam perlawanan itu nanti," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama