-->

Selangor Berpesta Gol Belasah Kelantan United

Selangor Berpesta Gol Belasah Kelantan United. Perlawanan yang berlangsung hebat di Stadium Sultan Muhammad IV semalam menyaksikan gergasi bola sepak Malaysia itu berpesta gol mengalahkan tuan rumah, Kelantan United. 8 GOL dihasilkan dalam perlawann tersebut yang mana 7 gol menjadi milik Selangor dan 1 Gol milik KU.



Selangor Berpesta Gol Belasah Kelantan United


Selangor Berpesta Gol Belasah Kelantan United

Gol pembukaan perlawanan muncul seawal minit ke 4 menerusi mukhairi ajmal. Dia yang mendapat hantaran lintang dari sebelah kanan daripada Ayron menendang masuk ke gawang KU.


Gol kedua dijaringkan oleh Ayron pada minit ke 10 yang mana gol tersebut merupakan volley cantik dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Kelantan United.

Kemudian diikuti dngan jaringan faisal halim pada minit ke 29 yang menggelecek pertahanan lawan dari tengah padang untuk menghasilkan gol tersebut.


Ayron sekali lagi menjaringkan gol keempat perlawanan pada minit ke 45. Kali ini gol dijaringkan di luar jangkaan kita apabila percubaannya dari luar kotak penalti masuk ke gawang kelantan united untuk menjadikan selangor mendahului separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, Pada minit ke 51, Orosxo menjaringkan gol ke lima perlawanan. selepas mendapat dadaan cantik dari faisal halim dan terus di rembat masuk ke gawang kelantan united.


Pada minit ke 75, kelantan united mendapat gol hasil sepakan penalti david silva.


namun begitu, Selangor tidak membiarkan peluang apabila Aliff izwan menjaringkan gol ke enam perlawanan pada minit ke 78. Dia mendapat umpanan cantik dari Quwntin Chen dari sebelah kanan padang dan kemudian merembat masuk ke gawal kelantan united.


Gol ketujuh perlawanan menjadi milik Ayron del Valle pada minit ke 79 selepas pertahanan Kelantan United tidak dapat membaca pergerakan bola yang melantun seterusnya di rampas oleh Ayron dan menjaringkan gol ketiga yang juga hatrik untuk dirinya.


Keputusan akhir, Kelantan united 1 - 7 Selangor FC. 

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama