"Saya tetap kekal bersemangat walaupun dengan ketiadaan Willian Lira" Balotelli

Selepas kehilangan Lira, pasukan Kedah masih belum mengumumkan penyerang baru mereka. Sebaliknya mereka sudah mempunyai penyerang berkelas A dalam pasukan sejak permulaan musim ini.

Penyerang itu adallah Jonathan Boareto dos Reis atau lebih dikenali sebagai Jonathan Balotelli kini bersedia menggalas peranan utama di barisan serangan Sang Kenari 

Bercakap kepada harian metro, Balotelli berkata; "Saya tetap kekal bersemangat walaupun dengan ketiadaan Willian Lira, dan saya juga bersedia menggalas tugas penting yang diharapkan di barisan serangan seperti apa yang dirancang dalam pasukan.


"Sepanjang tempoh rehat ini, saya memperbaiki tahap kecergasan di tahap terbaik untuk aksi menentang Terengganu FC (TFC) di tempat lawan pada awal bulan depan.


"Saya tetap kekal bersemangat walaupun dengan ketiadaan Willian Lira" Balotelli


"Impian saya dan pasukan adalah mahu mengekalkan kedudukan tiga terbaik yang sedang kami capai kini, dan itulah yang sangat diharapkan penyokong pada ketika ini," katanya.


"Kini kita berada di pertengahan liga dan apa yang penting adalah kami perlu terus fokus menghadapi sambungan aksi nanti dengan prestasi yang meyakinkan disamping cuba pertingkatkan lagi tahap permainan sebaik aksi liga kembali bermula pada awal bulan depan," katanya.


Balotelli yang sebelum ini kerap diturunkan sebagai pemain gantian, adalah pemain yang telah mengutip banyak pengalaman dan dia sudah beraksi untuk 16 kelab sebelum ini bermula di Brazil, Macedonia, Qatar, Iran, China dan Korea Selatan sebelum menyertai KDA FC awal musim ini.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama