" Saya terus tahan dengan kaki kanan dan ... " Safawi Rashid Ulas Jaringan Level Puskasnya

Arena bola sepak negara mendapat kejutan minggu lalu apabila jaringan safawi rasid berjaya membuka mata media antarabangsa yang mahu jaringan tersebut disenaraikan dalam Anugerah Puskas nanti.


Safawi Rashid Ulas Jaringan Level Puskasnya


Dihubungi harian metro, Safawi berkata;  "Saya betul-betul gembira dengan gol itu…dan bukan mudah untuk melakukannya, dan anggap itu gol terbaik saya dalam bola sepak".

"Saya terima kasih kepada semua, termasuk penyokong yang menilai gol saya itu dan saya hargai sokongan semua," katanya.

"Dulu saya pernah main sepak takraw sampai tingkatan tiga. Bola itu dihantar Lee Tuck…asalnya saya ingat bola itu dia nak 'cross' ke belakang tapi bola itu datang kat saya.

"Saya terus tahan dengan kaki kanan dan bola itu naik ke atas, dan saya lambungkan bola untuk atasi pemain Solomon yang tinggi sebelum saya guna kaki kiri untuk buat voli," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama