Misi kita sudah pasti untuk meneruskan momentum kemenangan - Dominic Tan

Menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Papua New Guinea pada selasa, Pertahanan negara berkata misi mereka adalah untuk kekalkan kemenangan demi kemenangan dalam aksi persahabatan antarabangsa.


Misi kita sudah pasti untuk meneruskan momentum kemenangan - Dominic Tan


Dominic Tan yang bermain menentang kepulauan Solomon baru-baru ini berkata; "Misi kita sudah pasti untuk meneruskan momentum kemenangan, tapi untuk perlawanan antarabangsa ianya tidak mudah, jadi kami akan memberikan yang terbaik dan tidak akan memberikan lawan bermaharajalela terutama dalam kawasan penalti.


"Lagipun kami percaya ketua jurulatih, Kim Pan-gon bakal menerapkan strategi berlainan untuk berdepan Papua New Guinea.


"Jika sekali lagi diberi tanggungjawab bergandingan dengan Shahrul, sudah pasti saya mahu tingkatkan lagi kualiti permainan selain mengelak daripada dibolosi.


"Sokongan padu daripada peminat setia Harimau Malaya pastinya menyuntik lagi semangat kami beraksi, harap lebih ramai lagi penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan itu," ujar pemain berusia 26 tahun itu ketika ditemui pada sidang media dekat sini, petang ini.




Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama