Ronaldo Kagum Dengan Azizulhasni Awang! Rakyat Malaysia Terharu

Ronaldo Kagum Dengan Azizulhasni Awang! Selepas menduduki tangga ketiga ranking dunia dalam acara keirin, Nama Datuk Mohd Azizulhasni Awang bukan sahaja dihormati rakyat Malaysia, malah dia turut dihormati atlet berbasikal lain dari negara negara asia yang lain.


Ronaldo Kagum Dengan Azizulhasni Awang!


Ronaldo Kagum Dengan Azizulhasni Awang! 


Pemain yang memberi pujian menggunung kepada Datuk Jijoe adalah pemain berbasikal meningkat naik India, Ronaldo Laitonjam, yang katanya meminati dan berhasrat untuk berlatih dengan Datuk Azizul.

Ronaldo berkata;  

"Mental Azizul sangat kuat, kami sangat mengagumi dan meminati dia. Apabila dia bertanding dalam mana-mana kejohanan Asia pelumba lain akan tercari-cari Azizul, suri teladan untuk Asia," katanya.


Ronaldo Kagum Dengan Azizulhasni Awang!


Berasal dari negeri timur utara India, Manipur, Ronaldo juga berkata;

"Persaingan di Asia bagi saya sangat sengit, terutama berdepan pelumba dari Jepun, China dan Malaysia. Tahun lepas Fadhil menang perak dan saya menang gangsa (dalam ITT), kali ini dia pula menang emas dan saya menang perak, saya harap tahun depan saya boleh memenangi gelaran.


"Saya sangat gembira dan menghargai pelumba Malaysia, saya ada beberapa orang kawan baik di sini memandangkan kami telah bersaing sejak zaman junior. Saya juga banyak belajar daripada Azizulhasni, dan sekarang saya meraih pengalaman daripada pasukan Malaysia," katanya yang dinamakan sempena nama legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho oleh mendiang bapanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama