Malaysia naik Rangking Selepas Kalahkan Solomon Islands

Walaupun permulaan permainan agak kurang memberangsangkan tetap kebangkitan skuad harimau malaya yang tidak berputus asa mendapat kemenangan semalam harus di puji. Perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Mizan dan di hadiri oleh 12 ribu penyokong harimau malaya.


Malaysia naik Rangking Selepas Kalahkan Solomon Islands


Dalam perlawanan ini, Malaysia berada di ranking ke 138 dunia, manakala kepulauan solomon berada di kedudukan ke 134 dunia. kemenangan ini juga bakal menyaksikan malaysia naik beberapa anak tangga dalam ranking FIFA.


Malaysia naik Rangking Selepas Kalahkan Solomon Islands

skuad kebangsaan dikejutkan dengan jaringan pendahuluan pasukan pelawat, Raphael Le Ai berpunca kealpaan benteng pertahanan negara pada minit ke-11.

Kemudian Paulo Josue berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 40. Dia merembat masuk bola muntah dari penjaga gol solomon Islands.

Sebelum rehat, Arif aiman meletakkan pasukan negara di hadapan selepas mendapat sepakan penalti. Arif dengan tenang menjaringkan gol tersebut.

Bersambung babak kedua, masih belum ada tambahan jaringan. Kemudian Kim pan gon memasukkan gandingan serangan terbaru iaitu Safawi Rasid, Lee Tuck dan Akhyar Rashid bagi menggantikan kapten, Faisal Halim, Arif Aiman dan Endrick Dos Santos dengan tugasan kapten diserahkan kepada Matthew Davies.

Safawi berjaya menjaringkan gol pada minit ke 76 menjadikan kedudukan ketika itu 3-1. Kemudian pada minit-minit akhir perlawanan, Lee tuck berjaya menjaringkan gol keempat perlawanan.

Keputusan akhirm Malaysia 4-1 Solomon Islands.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama