"Ianya jelas kad merah dan bukan kelebihan yang diberikan oleh pengadil" Jurulatih JDT

Ketika peminat bola sepak negara bersetuju yang mutu pengadilan dalam perlawanan tfc vs jdt semalam amat rendah dan mengecewakan. Lain pula komentar dari jurulatih pasukan JDT yang mendakwa insiden yang berlaku jelas merupakan keputusan yang betul dari pengadil.


Tano Solari berkata; "Pemain kami mendapat tentangan sengit daripada pasukan lawan sejak awal permainan lagi, ianya perlawanan yang sangat sukar buat kami bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, tapi pemain kami tidak memberi terlalu banyak ruang kepada pemain lawan, lagipun kami mendominasi permainan.


"Ianya jelas kad merah dan bukan kelebihan yang diberikan oleh pengadil" Jurulatih JDT


"Namun selepas kami mendapat gol semangat menerusi sepakan menarik Fernando Forestieri dan diikuti sepakan penalti Bergson Da Silva beberapa saat sebelum berakhir babak pertama perlawanan, ia mengubah rentak permainan.



"Jaringan pertama yang begitu cantik menerusi sepakan gunting oleh Forestieri boleh dikatakan turning point buat pemain kami beraksi dengan lebih baik lagi, saya gembira kerana bertemu dengan lawan yang kuat dan kami bermain dan bertahan dengan baik.


"Namun set piece skuad TFC sangat bahaya sehingga mampu membolosi gawang kami," kata Solari ketika ditemui selepas tamat perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak yang memihak kepada JDT dengan kemenangan 3-1 hasil jaringan Forestieri, Bergson dan Endrick Dos Santos manakala gol sagu hati skuad Penyu menerusi sepakan percuma Sony Norde.

"Ianya jelas kad merah dan bukan kelebihan yang diberikan oleh pengadil, mereka bermain dengan agresif, kad kedua sangat jelas, ia tidak bagus untuk pasukan jika menerima dapat kad merah, saya jangkakan mereka akan beri tekanan di padang dan juga para penyokong, jadi kami perlu bermain secara profesional," jelas Solari.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama