-->

Selangor Kalahkan Kedah Dihadapan Penyokong Sendiri

Pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe terus mengorak langkah apabila mereka berjaya mengalahkan pasukan dari Utara, Kedah Darul Aman dalam aksi ke 12 liga super 2023.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ itu dihadiri ribuan penyokong pasukan tuan rumah. Namun mereka dikejutkan terlebih dahulu dengan jaringan pelawat pada minit ke 6. Gol tersebut di jaringkan oleh Amirbek Juraboev.


Selangor Kalahkan Kedah Dihadapan Penyokong Sendiri


Gol terhasil selepas hantaran sepakan sudut tidak dikeluarkan oleh pasukan selangor yang menyebabkan Amirbek membuat percubaan tanpa dihalang.

Selangor pula dapat menyamakan kedudukan pada minit ke 23 selepas kalamullah menjatuhkan pemain selangor, Orozco dalam kotak penalti. Ayron mengambil sepakan penalti tersebut dengan sempurna.

Pertahanan selangor terus membuat kesilapan menyebabkan LIRA berjaya menghasilkan gol kedua untuk pasukan kedah pada minit ke 28.

Kemudian, Faisal Halim berjaya menyamakan kedudukan di sebelum separuh masa pertama tamat pada minit ke 40.

bersambung babak kedua, kamil akmal pemain kedah mendapatkan Kad merah pada minit 71 selepas dia menjatuhkan dan menghalang percubaan ke arah pintu gol Mukhairi Ajmal.

Dari sepakan sudut itu membuatkan Rawabdeh berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukan Selangor dengan keputusan 3-2.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama