-->

JDT Gagal Pesta Gol Menentang Sri Pahang

Selalunya apabila bermain di tempat sendiri, JDT akan bermain dengan pantas dan menghasilkan banyak gol. Tetapi lain pula jadinya ketika mereka menerima kunjungan Sri Pahang semalam. Hanya dua gol sahaja berjaya di hasilkan oleh anak buah esteban solari itu.


JDT Gagal Pesta Gol Menentang Sri Pahang


JDT Gagal Pesta Gol Menentang Sri Pahang

Perlawanan tersebut bermula seimbang apabila kedua-dua pasukan sering melakukan serangan bagi mendapatkan gol.

 Pada minit ke 11 Bergson membuat percubaan dari luar kotak penalti tetapi berjaya di selamatkan oleh penjaga gol Pahang, Zarif Irfan.

Barisan tengah JDT mempunyai kesukaran sepanjang 30 minit perlawanan apbila mereka gagal membantu serangan dengan hantaran bola berkualiti.

Di penghujung babak pertama barulah gol terhasil apabila Forestieri mendapat bola lambung dari Jordi Amat dan melorongkan bola itu kepada bergson untuk disudahkan.

Bersambung babak kedua,

JDT bermain lebih baik dan banyak menekan pasukan pertahanan Pahang. Hasilnya Gol kedua perlawanan berjaya di peroleh menerusi Forestieri pada minit ke 74. Pemain import itu membuat percubaan lencong ke penjuru kiri gawang Sri Pahang, Zarif Irfan untuk gol kedua.

keputusan akhir, JDT 2 - 0 Sri Pahang.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama