-->

Dia tidak boleh ditemuramah - Kakak Lee Zii Jia

Selepas kecundang pada aksi menentang wakil taiwan, Lin Chun Yi semalam, ramai yang memikirkan sama ada Lee Zii Jia mampu untuk beraksi di terbuka Singapore lepas ini atau tidak.

Dalam perlawanan semalam, Zii Jia tewas dengan keputusan 19-21, 21-16, 15-21.

Dia tidak boleh ditemuramah




Selepas perlawanan tamat, Zii Jia terus ke ruangan temu ramah, namun selepas beberapa minit berdiri di hadapan kamera, dia terus bergerak meninggalkan kawasan itu kerana hampir pitam.

Menurut kakaknya, Lee Zii Yii yang bertindak sebagai pengurus pasukan,berkata;

"Dia tidak boleh ditemuramah, saya minta maaf kepada semua yang menunggu, saya hadir di sini untuk menggantikannya," kata Zii Yii yang juga bekas pemain perseorangan wanita negara.

"Selepas berehat, malangnya dia tidak boleh tahan dengan kesakitan yang dialami.

"Saya tidak pasti dia mengalami kekejangan atau tidak kerana tidak sempat bertanyakan kepada jurulatihnya, Liew Daren.

"Sebaik tamat saingan Piala Sudirman, memang dia keletihan ditambah dengan perjalanan termasuk menaiki bas selama dua jam, penerbangan di awal pagi," kata Zii Yii.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama