-->

Negeri Sembilan Belasah Kelantan

Negeri Sembilan Belasah Kelantan.Pasukan anak buah K Devan itu akhirnya menemui rentak kemenangan apabila mereka tidak memberi peluang kepada pasukan pelawat dengan mengalahkan mereka.

Kelantan hadir sebagai pasukan pelawat terpaksa akur dengan kehebatan NSFC selepas mereka kalah 2-4 dalam perlawanan semalam.

Negeri Sembilan Belasah Kelantan


Gol pembukaan dijaringkan oleh Mahali jasuli pada minit ke16 . Mahali melakukan sepakan lambung mengelirukan dari luar kotak penalti dalam jarak kira-kira 25 meter yang tidak terjangkau penjaga gol Kelantan, Nik Mohd Amin Ahmad.


Bagaimanapun, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti diambil Ismaheel Akinade, susulan pertahanan Negeri Sembilan menjatuhkan pemain pelawat, sekali gus menewaskan penjaga gol gantian, Mohd Muhaimin Mohamad.

Kemudian, Goulon meletakkan NSFC didepan pada minit ke 36 selepas dia menanduk masuk bola hantaran mahali.

bersambung babak kedua, kelantan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 53 menerusi Akinade.

Pada minit ke 75, Shahrel Fikri berjaya menjaringkan gol yang membuatkan NSFC mendahului kembali. Kemudian pada minit ke 88, Casagrande menjaringkan gol pnutup perlawanan dengan keputusan akhir nsfc 4-2 Kelantan.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama