-->

JDT Terus Mengganas, Belasah Kedah

JDT Terus Mengganas, Belasah Kedah. Anak buah Esteban solari terus mengganas dan membelasah pasukan liga super Kedah di halaman sendiri.

 Menurut laporan dari harian metro,

JDT Terus Mengganas, Belasah Kedah




JDT memulakan serangan bertali arus dan hampir berada di depan pada minit ke-10 apabila bola lorongan Arif Aiman Hanapi disambar Bergson Da Silva, tapi bola hanya sipi di sebelah kiri gawang ketika penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi sudah tertewas.


Sang Kenari yang beraksi secara bertahan akhirnya bolos pada minit ke-23 berpunca daripada bola sepakan sudut Juan Muniz ditampan Fernando Forestieri untuk gol pertama JDT.

Ternyata sepanjang babak pertama, skuad Harimau Selatan menguasai permainan dengan jentera serangan diterajui Bergson, Forestieri dan Arif Aiman sering memberi masalah terhadap benteng Sang Kenari yang terpaksa berkampung di kawasan sendiri.


Bersambung babak kedua, JDT tidak menambah jaringan menerusi tandukan Feroz Baharudin pada minit ke-48.


Selang dua minit kemudian JDT melenyapkan sisa perjuangan Sang Kenari apabila Muniz meledak gol ketiga tuan rumah selepas menerima bola umpanan Arif Aiman bagi memastikan kedudukan selesa 3-0.


Memasuki minit ke-52, JDT meraih sepakan penalti selepas Mohd Akmal Md Zahir melakukan kekasaran terhadap Bergson dan Bergson mudah menjadikan kedudukan 4-0.


Arif Aiman kemudian menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-76 sebelum Leandro Velazquez melengkapkan kemenangan bergaya dengan rembatan deras dan menjadikan kedudukan 6-0 pada minit ke-86.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama