-->

Ini Sebab Perlawanan JDT vs Kelantan United di tunda

 Saingan liga super kembali bersambung selepas hari raya aidilfitri mulai 26 April 2023. Para peminat juga sudah bersedia untuk kembali memenuhi stadium bola sepak bagi memberi sokongan kepada para pemain dan juga pasukan mereka. Hanya 2 perlawanan sahaja ditunda untuk minggu ini melibatkan pasukan JDT dan juga Kelantan United.


Ini Sebab Perlawanan JDT vs Kelantan United di tunda




Ramai terkejut kerana pasukan juara liga super itu hanya akan mula bermain pada tarikh 13 Mei 2023 nanti. Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh MFL.

Mereka berkata; 

KEMASKINI JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2023 (LS10)

Malaysian Football League (MFL) memaklumkan berkenaan perubahan jadual saingan Liga Super 2023 melibatkan perlawanan antara Terengganu FC dan Sri Pahang FC serta Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan United FC.

Perubahan jadual ini dilakukan berikutan permohonan dan persetujuan kelab-kelab terbabit kepada MFL, panggilan skuad bawah 23 tahun ke Sukan SEA Kemboja serta keperluan produksi dan penyiaran.

Perlawanan Terengganu menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dijadual berlangsung pada 26 April 2023 dipinda pada 28 April 2023 jam 9.00 malam.

Manakala perlawanan JDT dengan Kelantan United di Stadium Sultan Ibrahim pula ditukar pada 13 Mei 2023 jam 8.15 malam berbanding jadual asal pada 26 April 2023.

-MFL-


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama