-->

TFC Beri Bayangan Turunkan Jordan Mintah

Selepas kegagalan menembusi gawang lawan menyebabkan pasukan Terengganu FC hanya mampu mendapat satu mata dari 3 perlawanan pertama liga super 2023. Jurulatih TFC, Tomislav Steinbrukner memberi info yang berkemungkinan dia akan menurunkan penyerang berbisa TFCII Jordan Mintah malam ini berdepan dengan PDRM.


TFC Beri Bayangan Turunkan Jordan Mintah




TFC Beri Bayangan Turunkan Jordan Mintah

Jurulatih itu berkata kepada Harian Metro,


"Apabila saya melihat data maklumat pemain, beberapa dalam kalangan mereka mempunyai sepakan yang bagus dan mampu menjaringkan gol, tapi mereka setakat ini mereka gagal melakukannya.

"Jadi tugas saya kini adalah untuk mencari jalan penyelesaian selepas Mamut dan Adisak gagal mencipta jaringan walaupun dalam tiga perlawanan terdahulu beraksi dengan baik, kemungkinan besar saya akan melakukan rombakan dengan menyenaraikan Mintah.


"Saya mahu memberi peluang kepada pemain itu (Mintah) membuktikan kemampuannya sebagai penyerang, saya harap dia mampu memberikan jawapan kemarau jaringan jika diberi peluang terutama selepas tiga perlawanan tanpa jaringan.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama