-->

Negeri Sembilan Tunjuk Taring Kalahkan TFC

Negeri Sembilan Tunjuk Taring Kalahkan TFC. Dalam perlawanan semalam, pasukan anak buah k.devan berjaya melakar kemenangan pertama mereka dalam liga. Ditambah manisnya apabila mereka berjaya mengalahkan Terengganu FC di tempat sendiri.


Negeri Sembilan Tunjuk Taring Kalahkan TFC


Negeri Sembilan Tunjuk Taring Kalahkan TFC


Skuad bimbingan K Devan cuba meningkatkan intensiti persembahan mereka dengan melakukan serangan dan memberi tekanan kepada pelawat dalam usaha mendapatkan gol.


Clement Madinda berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 28 selepas di menendang masuk bola muntah dari penjaga gol TFC, Rahadiazli.

Kelegaan muncul dalam kem terengganu apabila Adisak berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke 45 sebelum tamat separuh masa pertama. Ia juga berpunca dari bola muntah penjaga gol NSFC dan kemudian disambar oleh adisak.

Keputusan separuh masa NSFC 1-1 TFC.

Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan meneruskan rentak menyerang bagi mendapatkan gol kemenangan. Namun gol hanya terhasil pada minit ke 67 untuk Negeri Sembilan di hadapan.

Gol tersebut dijaringkan oleh Casagrande selepas dia mendapat hantaran bola dari Tommy. Keputusan NSFC 2 -1 TFC kekal sehingga masa tamat.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama