Fans Terengganu Sudah Mula Bersuara Selepas Dua Kekalahan

Fans Terengganu Sudah Mula Bersuara Selepas Dua Kekalahan. Fans team mana yang boleh tenang dengan kekalahan yang di alami oleh pasukan mereka. Begitu juga penyokong TFC mula bersuara setelah dua aksi longlai di tempat lawan. 

Tampil menyuarakan pendapat Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu FC,Mohd Isa Che Ariffin berkata,


Fans Terengganu
gambar sekadar hiasan, Gambar sumber fb TFC


"Perlawanan kedua ketika berdepan skuad Sang Kenari menampakkan sedikit perubahan daripada segi taktikal dan mutu permainan, namun masih banyak lagi yang perlu ditambah baik sebelum berdepan KL City FC, tambahan pula beberapa tonggak import dilihat masih lagi kurang menyerlah daripada segi kualiti dan mutu permainan.


"Justeru bagi memantapkan lagi pasukan, Tommy perlu bijak merangka strategi lebih ampuh untuk mengelak pasukan dimalukan buat kali ketiga berturut-turut apatah lagi beraksi di tempat sendiri.


"Kami harap jurulatih dapat buat sesuatu bagi memperbaiki lagi kualiti pasukan seterusnya mengutip mata pertama dalam saingan Liga Super sekali gus memastikan stadium keramat itu bakal dipenuhi peminat setia pada aksi akan datang," katanya yang mengharapkan kesilapan mudah tidak akan berulang lagi.


"Kesilapan seperti yang dilakukan pemain tengah itu tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi tarafnya adalah pemain import kerana ia boleh merugikan pasukan, jadi harap ianya menjadi pengajaran berguna buat semua pemain menentang skuad kendalian Bojan Hodak itu nanti," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama