-->

Bagi Saya Masa, Ini Adalah Satu Proses - LTK

Seperti kita tahu yang Lim Teong Kim merupakan seorang jurulatih yang cukup sinonim dengan bakat muda. Jadi kehadirannya di Perak juga menggunakan ramai bakat bawah 22 tahun dalam skuad tersebut. LTK berkata, beri dia masa untuk mengubah pemain-pemainnya menjadi lebih baik di masa hadapan. Untuk rekod, Perak berjaya mengalahkan Kuching City di Stadium Perak baru-baru ini.


Bagi Saya Masa, Ini Adalah Satu Proses - LTK


Proses Pembentukan Skuad Muda Perak


 "Biar saya buat kerja saya. Beri saya masa, saya akan bagi pasukan yang terbaik sebab ini adalah satu proses."

"Ini pasukan baharu, kita kena bersabar. Jika kita letakkan terlalu banyak tekanan kepada pemain, itu tak akan membantu. Mereka hanya dalam lingkungan umur 21 dan 22 tahun.

"Jadi jika kamu nakkan pasukan yang bagus, kena bersabar, peminat kena bersabar," katanya yang akhirnya menikmati rasa kemenangan selepas gagal meraihnya dalam tiga aksi Liga Super sebelum ini.

"Semasa saya main dulu, stadium penuh. Saya tak biasa main stadium tak penuh. Jadi saya mahu penonton datang membantu kami. Kita perlu 'fans' datang seperti dulu. Bagi saya sekarang kemeriahan suasana penyokong berkurang.


"Saya pasti kalau kemeriahan suasana itu ada, ia sesuatu yang bagus untuk membangkitkan semangat dan kesungguhan pemain. Kita perlukan ini semua kerana pemain ke-12 itu penting bagi kami. Saya harap penonton akan datang pada perlawanan akan datang," katanya.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama