-->

Ronaldo Jaringkan HATRIK keduanya !

Status pemain terbaik dunia masih tidak luntur dalam diri pemain bernama cristiano ronaldo ini apabila dia terus berusaha menambat keyakinan penyokong pasukan barunya, Al Nassr.

Ronaldo berjaya menjaringkan hatriknya bersama pasukan ketikan menentang Damac dalam perlawanan liga 1 Arab saudi.


Ronaldo Jaringkan HATRIK keduanya !


Gol pertama dijaringkan menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain damac fc.  walaupun keputusan pertama dari pengadil mengatakan NO PENALTI tetapi selepas di semak oleh VAR ternyata ia adalah sepakan penalti.

Ronaldo mengambil sepakan tersebut dengan mudah dan santai. Pada minit ke 23 pula pemain Ronaldo berjaya mendapatkan gol keduanya menewaskan penjaga gol Damac.

Selang beberapa minit selepas itu, Ronaldo sekali lagi menjaringkan gol keitga dan melengkapkan hatriknya pada minit ke 44.

Keputusan sehingga akhir perlawanan kekal, Damac 0 - 3 Al-Nassr.

Rupanya ronaldo merupakan pemain pertama menjaringkan hatrik dalam 45 minit dalam liga Arab saudi sejak dari penubuhan liga tersebut. Selain itu dia juga telah merekodkan 62 hatrik sepanjang kariernya dan menjadi pemain paling banyak menjarikan hatrik dalam karier seorang pemain.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama