-->

Kedah Darul Aman FC sertai Piala Harapan 2023

 Kedah Darul Aman FC sertai Piala Harapan 2023 ] Menjelang pembukaan liga super 2023 pada penghujung februari 2023 nanti. Sudah banyak pasukan membuat persiapan rapi dengan mencari regu atau lawan yang mantap bagi memperkuatkan pasukan masing-masing.

Begitu juga dengan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC ) yang turut sama mempersiapkan pasukan mereka dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan serta menyertai kejohanan piala harapan 2023. Kedah juga dijangka akan berangkat ke Turki untuk melakukan persiapan bagi musim baru nanti.


Kedah Darul Aman FC sertai Piala Harapan 2023




Kedah Darul Aman FC sertai Piala Harapan 2023

Selain pasukan kedah kejohanan yang dianjurkan oleh pasukan Penang FC ini turut disertai oleh pasukan Selangor dan juga geylang international fc yang merupakan pasukan dari Singapura. 

Pasukan Kedah yang dibimbing oleh nafuzi zain akan bertemu dengan pasukan selangor yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe pada 2 Februari 2023 nanti pada jam 9 malam. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pertembungan epik ini pasti akan memberikan sesuatu kepada kedua-dua pasukan. Ditambah pula kedua-dua jurulatih mempunyai kaitan dengan negeri kedah. Tan cheng hoe pernah membimbing kedah ke puncak jaya manakala nafuzi zain antara pemain kedah yang menyinar satu ketika dahulu.

Mengimbau kenangan sungguh lah bila teringat lagenda-lagenda ni bersaing semula nanti.

Manakala pasukan Penang FC akan menentang pasukan Geylang International FC Pada hari Rabu 1 Februari 2023 di Stadium negeri pulau pinang di batu kawan.

Pemnang dari kedua-dua perlawanan ini akan berentap di perlawanan akhir pada 4 februari 2023 jam 9 malam.

manakala pasukan yang kalah akan berentap untuk tempat ketiga dan keempat pada hari yang sama di sebelah petang.

Sudah pasti peminat pasukan kedah mahu membawa piala pra musim seperti ini. Ia akan menjadi batu pengukur untuk skuad NAfuzi Zain yang baru dibentuk jurulatih tersebut.

Persoalannya sekarang, adakah para peminat bersetuju dan setia bersama dengan pasukan KDA di dalam fasa pembentukan pemain dan karakter pemain dibawah jurulatih baru?

Jom komen dibawah ya.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama