-->

JDT Kalah Dengan FC Rostov

JDT Kalah Dengan FC Rostov. Semalam berlangsungnya satu perlawanan persahabatan melibatkan juara liga Malaysia, JDT dengan pasukan dari Russia iaitu FC Rostov. Dalam perlawanan itu, pasukan JDT kalaha 0-2.

Dalam perlawanan ini juga kita lihat gawang JDT bolos seawal minit ke 6 dan gol kedua pula dijaringkan pada minit yang ke 20. kedudukan kekal sehigga tamat perlawanan.


JDT Kalah Dengan FC Rostov


JDT Kalah Dengan FC Rostov

Berikut merupakan komen jurulatih JDT, Esteban Solari. 

“Ini perlawanan yang menguji kami sepenuhnya, sesuatu yang telah kami jangkakan apabila bertemu pasukan yang kini di tangga ketiga Liga Russia.


“Saya berpuas hati melihat transisi permainan yang baik, ‘ball possession’ yang mengalakkan dan menggerakkan bola secara satu pasukan.


“Hari ini adalah satu pengajaran yang baik apabila menentang pasukan yang berkualiti. Sekarang kami kembali ke sesi-sesi latihan dan memperbetulkan kelemahan-kelemahan daripada perlawanan ini.

“Niat utama di sini adalah untuk belajar dan mencabar diri kami untuk berhadapan dengan pasukan-pasukan yang lebih kuat supaya kami dapat memperbaiki pasukan dari apa yang kami ada sebelum ini.

“Perlawanan-perlawanan seterusnya juga lebih sukar dan kami perlu bekerja keras setiap hari sebelum bermulanya kempen 2023,” katanya dalam Facebook JOHOR Southern Tigers.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama