-->

Malaysia tuan rumah sukan sea 2027

Hari ini telah diumumkan bahawa Malaysia terpilih untuk menjadi tuan rumah sukan sea 2027. Malaysia yang baru sahaja menjadi tuan rumah pada 2017 bakal membuat kemunculan semula setelah 10 tahun.


Malaysia tuan rumah sukan sea 2027


Malaysia tuan rumah sukan sea 2027

Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) memilih Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwi tahunan itu untuk edisi ke-34 pada 2027, menurut pengumuman Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi laman media sosial mereka hari ini.


Ini adalah kali ketujuh negara kita diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah sejak kali pertama pada 1965 ketika temasya ini dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP).


Sepatutnya Laos yang menjadi tuan rumah, namun mereka masih belum mendapat kebenaran dari kerajaan mereka maka Malaysia terpilih berbanding Indonesia.

Kemboja pertama kali akan menjadi tuan rumah pada tahun 2023 dan diikuti dengan Thailand untuk tahun 2025.

Berita gembira untuk rakyat Malaysia!


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama