-->

Malaysia Kalahkan Thailand Untuk 3 Mata Pertama

Gembira bila tengok Malaysia Kalahkan Thailand Untuk 3 Mata Pertama dalam sukan SEA 2022 ini. Malaysia yang turun sebagai pasukan bukan pilihan memulakan perlawanan dengan kesukaran.

Pada separuh masa pertama, skuad thailand terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pemain Patrik Gustavsson pada minit ke 33.

Malaysia Kalahkan Thailand Untuk 3 Mata Pertama




Kemudian permainan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, pasukan Malaysia lebih cemerlang menyerang ke kubu pertahanan Thailand. Hasilnya pada minit ke 61, Daniel Asri berjaya menjaringkan gol pertama negara selepas menerima hantaran dari tepi gawang gol.

Skuad negara tidak putus asa mencari gol kedua dan hasilnya lagi pada minit ke 90+3, gol kemenangan menerusi pemain Azfar Fikri berjaya masuk ke gawang thailand.

Ia berhasil selepas aksi kelam kabut di dalam kotak penalti thailand menyebabkan penjaga gol mereka tidak dapat menahan gol dari Azfar.

Perlawanan tamat dengan jaringan 2-1 yang menyaksikan pasukan negara mendapat 3 mata pertama untuk kumpulan B.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama