SOP Baru Untuk Liga Malaysia, Tiada lagi penundaan perlawanan.

SOP Baru Untuk Liga Malaysia, Tiada lagi penundaan perlawanan. Isu penundaan perlawanan memang berlaku sejak liga mula berlangsung pada awal Mac. Ia juga menyaksikan banyak pasukan yang terpaksa bermain selepas 2 minggu di kuarantin akibat Covid 19.


SOP Baru Untuk Liga Malaysia, Tiada lagi penundaan perlawanan.


SOP Baru Untuk Liga Malaysia, Tiada lagi penundaan perlawanan.

Berdasarkan SOP terbaru ini, ia sedikit sebanyak tidak menggangu perjalanan liga dan juga persediaan pasukan yang bertanding.


"Dengan penundaan beberapa perlawanan sebelum ini jelas menjejaskan penjadualan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana khususnya bagi tempoh rehat serta perjalanan kelab dan juga perancangan pasukan kebangsaan.

"Masalah ini diburukkan lagi dengan beberapa perlawanan yang terpaksa ditunda hanya sehari sebelum saingan bermula di mana pasukan lawan dan pegawai perlawanan sudah tiba di negeri pasukan tuan rumah.


"Selain kekangan masa bagi penjadualan semula perlawanan tertunda, setiap penundaan akan menelan kos tinggi dari segi pengelolaan, logistik, penyiaran dan keselamatan serta merumitkan keadaan bagi semua pihak yang terbabit," katanya.

SOP Terbaru Berkaitan COvid 19 untuk aktiviti sukan.

1. Sekiranya pegawai atau pemain kelab disahkan positif COVID-19, kelab mempunyai dua pilihan:


i. Kelab diberi pengecualian sementara untuk menggantikan dengan pegawai – pegawai dari pasukan Reserve Team, Piala Presiden atau Piala Belia bagi mengisi kekosongan tersebut. Manakala bagi pemain kelab dibenarkan untuk mendaftarkan pemain-pemain dari pasukan Reserve Team, Piala Presiden atau Piala Belia ke dalam Senarai Pilihan Skuad Utama bagi mengisi kekosongan tersebut. Atau;


ii. Jika kelab tidak dapat menurunkan pegawai dan pemain seperti perkara (i), kerana tidak mempunyai pasukan Piala Presiden atau Piala Belia atau pertindihan jadual perlawanan pertandingan, kelab dibenarkan menurunkan sekurang-kurangnya tiga (3) Pegawai iaitu, Penolong Ketua Jurulatih atau Penolong Jurulatih, Doktor Pasukan dan Fisioterapi. Pasukan perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya 14 pemain (3 pemain simpanan) pada hari perlawanan. Namun sekiranya kelab gagal mendaftar jumlah 14 pemain tersebut sebelum perlawanan, maka Ahli Lembaga Pengarah MFL akan memutuskan sama ada kelab tersebut boleh meneruskan perlawanan atau dikira kalah.


2. Sekiranya kelab gagal mematuhi perkara (2) dan menyebabkan perlawanan tidak dapat dimainkan tanpa alasan munasabah, maka MFL akan merujuk perkara ini kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL dan tindakan seperti berikut akan dikenakan:


i. Kelab akan dikira kalah 0-3 dan 3 mata diberikan kepada pasukan lawan.


ii. Kelab hendaklah menanggung kos-kos logistik pasukan lawan serta kos-kos pengelolaan perlawanan serta penyiaran.


iii. Kos-kos tiket pengangkutan (penerbangan/bas), perbatuan, tol, penginapan, makanan bagi pegawai-pegawai perlawanan seperti pengadil, penilai pengadil dan komisioner perlawanan.


3. Penundaan perlawanan akan hanya dipertimbangkan sekiranya kedua-dua kelab bersetuju untuk bermain di dalam tempoh FIFA Days sahaja tanpa pemain yang berkemungkinan dipanggil menyertai skuad kebangsaan. Kelulusan pindaan jadual yang berkaitan turut akan memberi kesan kepada waktu rehat dan perjalanan (minimum 2 hari). Bagaimanapun sebarang  permohonan berkaitan penundaan perlawanan, perubahan jadual atau apa-apa keputusan berkaitan isu COVID-19 adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan MFL dan arahan terkini oleh Kerajaan.


4. Bagi kelab yang gagal menghabiskan baki saingan perlawanan liga atau gagal bermain di perlawanan terakhir liga maka perkara ini akan dibawa ke Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk keputusan. Perkara ini turut akan menjejaskan jumlah pengagihan dana kepada semua kelab-kelab akibat kekurangan perlawanan berbanding dengan jumlah perlawanan dalam perjanjian antara MFL, penaja dan penyiar.


5. Bagi tujuan keselamatan dan kesihatan, kelab hendaklah memastikan pegawai dan pemain sentiasa mengamalkan protokol kesihatan kendiri. Adalah tanggungjawab kelab untuk melaksanakan SOP ketat ke atas pemain demi mencegah sebarang jangkitan serta penularan wabak COVID-19 dalam pasukan. SOP ini penting untuk semua kelab dalam Langkah untuk mengelakkan sebarang penundaan perlawanan yang boleh memberikan impak dari sudut kewangan, tahap kesihatan pemain dan pegawai serta terpaksa berdepan dengan jadual perlawanan lebih ketat.

SOP Bawa Makanan dan Solat di Stadium

Bermula bulan ini, para penyokong dibenarkan makan dan minum di dalam stadium serta tiada had kapasiti kehadiran penyokong ke stadium namun tertakluk kepada penjarakan fizikal yang munasabah (sekurang-kurangnya 1 meter) mengikut ruang tempat duduk dengan memakai pelitup muka.

Selain itu penyokong di bawah umur 12 tahun dibenarkan memasuki stadium dengan syarat ditemani atau dipantau ibu bapa atau penjaga yang telah melengkapkan vaksinasi.

Pengambilan suhu badan di pintu-pintu masuk tidak diwajibkan selain tandas dan surau dibenarkan beroperasi sepanjang perlawanan dengan kawalan.

Bagi memudahkan pergerakan penyokong, pintu keluar masuk stadium dibuka sepenuhnya dengan kawalan.

 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama