-->

Jurulatih Pahang ada Rahsia tundukkan Selangor

Jurulatih Pahang ada Rahsia tundukkan Selangor. Menjelang pertemuan terakhir  liga super sebelum liga direhatkan sebentar sempena hari raya. Perlwanan melibatkan pasukan pahang dan selangor pasti menjadi tumpuan ramai. match ini akan berlangsung  pada 29.4. 2022 nanti.


Jurulatih Pahang ada Rahsia tundukkan Selangor


Jurulatih Pahang ada Rahsia tundukkan Selangor

Dalam temubual bersama harian metro, Gamel iaitu jurulatih pahang berkata,

"Semua pemain bekerja keras dan mahu memberikan yang terbaik apabila berdepan Selangor yang diakui memiliki kelebihan. Kelebihan itu lebih kepada bahagian tengah dan serangan tetapi kami sudah bersedia untuk menyekatnya.


"Apa yang perlu dilakukan ialah semua pemain dapat mengekalkan tahap konsistensi dan kesinambungan prestasi terbaik masing-masing," katanya. Sementara itu, pemain pertahanan Tok Gajah, Fandi Othman dan rakan sepasukan sudah bersedia untuk mencatat kemenangan kedua pada perlawanan itu.


Selepas menang 3-1 ke atas Penang FC 16 April lalu, keyakinan saya dan rakan sepasukan semakin baik untuk mengekalkan prestasi cemerlang itu. "Walaupun beraksi di tempat lawan, kami akan melakukan yang terbaik dan bekerja keras untuk memastikan Selangor dapat ditewaskan.


"Bagi saya fokus utama kami ialah memberi tumpuan dan berhati-hati di bahagian serangan Selangor. Saya harap rezeki kami dapat mengutip tiga mata malam esok," katanya.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama