-->

Milan Terajui Liga, Inter Terlepas 3 Mata.

Milan Terajui Liga, Inter Terlepas 3 Mata. Pasukan yang semakin meningkat naik iaitu AC Milan berjaya menjarakkan mata dengan pasukan tangga kedua iaitu Inter Milan kepada 3 mata. Ia berikutan mereka menang 1-0 keatas pasukan Cagliari dalam perlawanan awal pagi semalam. 

 

Milan Terajui Liga, Inter Terlepas 3 Mata.



Milan Terajui Liga, Inter Terlepas 3 Mata.

Jiran setempat mereka pula, Inter sekadar seri dengan fiorentina dengan jaringan 1-1. Dalam perlawanan menentang Cagliari, Ismael Bennacer meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 dalam aksi sengit dekat Sardinia.

Sekali gus mereka menjarakkan kedudukan dengan Napoli di tangga kedua yang menang hasil dua gol Victor Osimhen ketika mengatasi Udinese 2-1.

Kemenangan ketiga buat skuad kendalian Stefano Pioli melebarkan rekod lapan perlawanan tanpa kalah mereka dalam liga dan meningkatkan harapan untuk menang Scudetto pertama sejak 2011.

Namun perlawanan dicemari tindakan perkauman terhadap Mike Maignan dan Fikayo Tomori.

"Maignan berkata kepada saya 'bukanlah mustahil kami akan mendengar tindakan menghina seperti ini'," kata Pioli kepada DAZN.

"Ini kali pertama dia membalas dan itu bermakna sesuatu yang buruk sudah terjadi yang sepatutnya tidak terjadi. Tomori juga mengatakan perkara sama."

Gol cantik menentukan perlawanan itu apabila pemain antarabangsa Algeria, Bennacer menemui hantaran Olivier Giroud yang disudahkan ke penjuru dengan kaki kiri.

Berbaki lapan perlawanan, Milan kini ada jurang enam mata dengan Inter ketika skuad kendalian Simone Inzaghi terus bergelut. - AFP


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama