-->

FAM terima Surat Penjelasan Dari Rizal Ghazali.

FAM terima Surat Penjelasan Dari Rizal Ghazali. Sejak minggu lepas, isu pemain bola sepak sabah, Rizal ghazali dikatakan gagal menjawab panggilan skuad kebangsaan menjadi bualan peminat. Pemain itu hanya diam membisu sehinggakan pihak pengurusan tidak tahu kenapa dia menolak daripada mewakili skuad negara.


FAM terima Surat Penjelasan Dari Rizal Ghazali.


FAM terima Surat Penjelasan Dari Rizal Ghazali.


Namun segalanya sudah berakhir apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah menerima surat penjelasan daripada pemain pertahanan Sabah, Rizal Ghazali berhubung keputusannya menolak pelawaan menyertai latihan pusat skuad Harimau Malaya sebelum ini.


Mengesahkan perkembangan itu, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata surat berkenaan diterima pada Jumaat lalu.


Katanya, pihaknya akan berbincang dengan pengurusan pasukan kebangsaan sebelum membuat keputusan mengenai kes bekas pemain Kedah itu.


"Saya dapat surat itu pada Jumaat, alasan yang dia bagi kerana dia menghadapi masalah keluarga. Rasanya dia tak dapat datang (sertai kem latihan skuad kebangsaan kali ini).


"Penilaian berkaitan alasan itu akan dibuat oleh pengurusan pasukan kebangsaan dan terpulang kepada pengurusan pasukan untuk buat keputusan," katanya.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama