-->

Thailand Juara AFF 2020, Indonesia kempunan buat kali ke 6!

Thailand Juara AFF 2020, Indonesia kempunan buat kali ke 6! Kelmarin, telah selesai berlangsungnya perlawanan akhir piala aff 2021 setelah hampir sebulan  negara-negara Asean berkampung di Singapura bagi kejohanan berprestij ini. Thailand dinobatkan sebagai juara AFF 2020 selepas mereka menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir dengan aggregate 6-2. 


Thailand Juara AFF 2020, Indonesia kempunan buat kali ke 6!


Thailand Juara AFF 2020, Indonesia kempunan buat kali ke 6!

Dari keputusan ini juga, kita dapat saksikan yang indonesia telah kempunan kejuaraan buat kali ke 6 selepas mereka tewas dalam keenam-enam aksi final termasuk perlawanan sebelum-sebelum ini.

Jurulatih Indonesia turut kecewa apabila 4 pemain mereka tidak di benarkan bermain dalam perlawanan akhir kedua semalam kerana melanggar protokol gelembong kesihatan kerajaan Singapura. 

Ketua jurualtih Indonesia, Shin Tae-Yong meluahkan rasa kecewa selepas empat daripada pemainya tidak dibenarkan beraksi pada final kedua Piala AFF menentang Thailand malam tadi kerana melanggar protokol pertandingan Covid-19.


Rizky Ridho Ramadhani, Elkan Baggott, Victor Igbonefo dan Rizky Dwi Febrianto dilaporkan meninggalkan hotel sehingga dua jam sekali gus melanggar peraturan ketat yang ditetapkan untuk pemain dan pegawai pasukan sepanjang kejohanan selama sebulan di Singapura.


Susulan siasatan oleh jawatankuasa tatatertib Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), mereka memutuskan pemain terbabit gagal mematuhi peraturan ditetapkan dan dihalang daripada beraksi pada final kedua.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan buat pasukan Thailand kerana berjaya memenangi Piala AFF kali ini dan mereka sememangnya lebih layak kerana permainan mereka lebih menarik dari pasukan Indonesia.

Baiklah, kita jumpa pula dalam Piala AFF 2022 nanti ya!!


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama