-->

Harimau Malaya di baham Jordan dengan 4 gol tanpa balas !

Harimau Malaya di baham Jordan dengan 4 gol tanpa balas. Skuad serba baru yang diperkenalkan oleh Tan Cheng Hoe sepertinya tidak ada apa-apa kelebihan setakat ini. Pasukan ini kalah 4-0 ditangan Jordan dalam perlawanan persahabatan di Stadium King Abdullah II, Amman, malam tadi.


Harimau Malaya di baham Jordan dengan 4 gol tanpa balas !


Skuad ini dikatakan skuad pilihan netizen ini dinilai dari prestasi mereka di dalam liga super. Namun ternyata, mereka tidak ada pengalaman bermain di luar negara hingga menyaksikan mereka tewas besar di tangan jordan.


Harimau Malaya di baham Jordan dengan 4 gol tanpa balas !

Pada pertemuan malam tadi menyaksikan, Jordan yang berada di ranking ke 93 lebih menguasai perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus ke kubu pasukan negara.

Ternyata kurang persefahaman dan terlalu leka di bahagian pertahanan menyaksikan penyerang Jordan, Ali Olwan 34, Odai Al-Saify minit 42


Separuh masa kedua pula sepatutnya skuad Harimau Malaya tampil meyakinkan namun sebaliknya berlaku apabila kesilapan Irfan Zakaria yang menanduk bola ke belakang memberi ruang kepada Ali untuk menyumbat gol ketiga pada minit 47.


Ali terus menjadi duri dalam daging buat pasukan negara apabila berjaya mencipta hatrik untuk Jordan mendahului 4-0 .


Sabtu ini, skuad negara akan turun menentang pasukan Uzbekistan yang berada di ranking ke 84 dunia. Apa yang perlu diharapkan adalah TCH menurunkan pemain-pemain yang berpengalaman yang masih ada untuk mengelakkan kita di baham sekali lagi.

Skuad Uzbekistan dibarisi ramai pemain-pemain yang bermain di Eropah. Mampukah kita memberi tentangan nanti?



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama