-->

England Sah Tarik Diri Dari Piala Thomas 2021

England Sah Tarik Diri Dari Piala Thomas 2021. Menerusi kenyataan Persatuan Badminton England memaklumkan bahawa mereka terpaksa menarik diri dari Piala Thomas berikutan tiga daripada empat pemain perseorangan mengalami kecederaan. Disebabkan itu England tidak dapat membariskan pemain terbaik atau kompetitif sekali gus mendorong mereka mengambil langkah drastik berkenaan.


England Sah Tarik Diri Dari Piala Thomas 2021


England Sah Tarik Diri Dari Piala Thomas 2021

"Kecederaan yang dialami beberapa pemain utama bermakna Pasukan Badminton England sukar untuk membariskan pemain yang kompetitif sekali gus terpaksa mengambil keputusan sukar iaitu menarik diri," katanya

Mengikut rekod, skuad badminton negara diundi dalam Kumpulan D bersama naib juara 2018, Jepun pada saingan Piala Thomas yang dijadual berlangsung di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober ini.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh mengesahkan perkara terbabit namun keputusan itu tidak menjejaskan persediaan pasukan negara.

Beliau berkata, Malaysia dijadualkan akan bertemu England namun dengan kekurangan pasukan sekali gus BAM menyerahkan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tindakan lanjut.






Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama