-->

Giroud Bakal Sertai AC Milan Tidak Lama lagi.

Giroud Bakal Sertai AC Milan Tidak Lama lagi.Milan: Pengarah AC Milan, Paolo Maldini mengesahkan penyerang Chelsea dari Perancis, Olivier Giroud akan tiba di Itali.

"Olivier akan tiba di Milan esok (hari ini)." kata Maldini ketika mendedahkan perancangan Serie A bagi musim 2021-2022.

Giroud Bakal Sertai AC Milan Tidak Lama lagi.


Pemain berusia 34 tahun dan pemenang Piala Dunia itu dilaporkan akan menandatangani kontrak dua tahun bernilai tiga juta Euro (RM14.91 juta) semusim bersama naib juara Serie A yang akan memulakan musim baru bertemu Sampdoria.

"Dia seorang juara, bukan saja dengan pasukan kebangsaan, dia melakukan banyak perkara hebat bersama Chelsea, memenangi Liga Juara-Juara." tambah Maldini.

"Dia pemain yang boleh diharapkan dan itu yang kami cari-cari. Kami mempunyai pasukan yang muda dan kami memerlukan pemain dengan pengalaman sepertinya," kata Maldini.

Giroud menyertai Chelsea selepas enam musim bersama Arsenal pada Januari 2018. Dia tiba di England dari Montpellier di mana dia memenangi Ligue 1.

Sepanjang di England, Giroud mengumpul empat trofi Piala FA dan tiga Perisai Komuniti bersama Chelsea dan Arsenal.

Dia memenangi Liga Europa dan Liga Juara-Juara bersama Chelsea.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama