-->

Senarai Negara Layak Ke Kelayakan Piala Asia 2023

Selepas perlawanan kelayakan piala dunia selesai yang menyaksikan pasukan Malaysia gagal layak ke pusingan ke 3 kelayakkan kejohanan. Namun begitu, kita harus menarik nafas lega apabila Malaysia telah layak ke kelayakan Piala Asia 2023 tanpa melalui play off.

Untuk format terbaru, AFC telah menyenaraikan beberapa negara yang telah layak ke Pusingan akhir Piala Asia 2023 nanti.

Begitupun terdapat banyak negara yang akan bersaing dalam kelayakkan terlebih dahulu sebelum ke Piala Asia.

Senarai Negara Layak Ke Kelayakan Piala Asia 2023

Malaysia secara rasmi akan menyertai kelayakkan manakala negara lain seperti Indonesia, Cambodia, Chinese Taipei dan Guam pula akan bermain play off terlebih dahulu.

Dua pasukan yang menang akan ke pusingan kelayakkan.


Ini pula negara-negara yang sah akan bermain dipentas akhir Piala Asia 2023 nanti. 

Syria, Australia, Iran, Saudi  Arabia, Jepun, UAE, Korea Selatan, China, Oman, Iraq, Vietnam dan Lubnan.



Tak sabar pula nak tengok Harimau Malaya beraksi nanti. Kita doakan Malaysia akan ke Piala Asia 2023 nanti.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama