Chelsea dan Manchester City Menang Mudah. Chelsea dan Manchester City melangkah mudah ke pusingan keempat Piala FA pada hari Ahad (10/1/2021). Chelsea menewaskan Morecambe 4-0 di Stamford Bridge. Sementara City mengalahkan Birmingham 3-0. Chelsea dengan mudah mengunci pertahanan Morecambe. Namun, pasukan Frank Lampard hanya menjaringkan gol pada minit ke-18 menerusi aksi Mason Mount.
Timo Werner menggandakan skor Blues sebelum rehat separuh masa pertama. Callum Hudson-Odoi menjadikan skor 3-0 untuk Chelsea pada minit ke-49.
Separuh masa kedua, Chelsea hanya menambah satu gol menerusi Kai Havertz.
Manchester City memulakan perlawanan dengan baik. Bernardo Silva dua gol pada minit ke-8 dan 15. Gol ketiga City dijaringkan oleh Phil Foden pada minit ke-33.
Setelah mendominasi babak pertama, City terus berjaya pada separuh masa kedua. Hasilnya, anak buah Pep Guardiola menutup perlawanan 3-0.
Selain Chelsea dan Manchester City, Tottenham juga menang besar keatas pasukan Mariners dengan jaringan 5-0. Vinicius menjaringkan hatrik pertamanya musim ini bersama dengan spurs.
Berikut merupakan baki keputusan perlawanan awal pagi tadi.
Crawley Town Vs Leeds United 3-0
Bristol City Vs Portsmouth 2-1
Cheltenham Vs Mansfield Town 1-1
Chelsea vs Morecambe 4-0
Manchester City vs Birmingham 3-0
Barnsley Vs Tranmere 2-0
Post a Comment
Jom komen ! :)