-->

Kelantan FC Dipotong Mata Jika ...

Kelantan FC Dipotong Mata Jika ...  Baru-baru ini FAM mengarahkan Kelantan supaya membayar tunggakan gaji kepada 11 orang pemain dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih RM187,000.

Salah seorangnya adalah Fauzi Roslan yang beraksi dengan Kelantan pada musim 2019. Manakala pasukan Melaka pula diarahkan untuk membayar tunggakan gaji Curran Ferns bernilai RM97,500,00.


Kelantan FC Dipotong Mata Jika ...


Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Mohd Joehari Ayub selepas menghadiri mesyuarat kali ke-15 bagi penggal 2017-2021 pada 7 Januari lalu.

Tujuh lagi pemain Kelantan menuntut tunggakan gaji sekitar RM4,000 ke bawah. Mereka adalah:

  1. Mohamad Azzrie Aripin – RM4,075.00
  2. Syafiq Syahmi Husin – RM3,877.00
  3. Muhammad Fahmi Izzuddin Ab Rahman – RM2,681.00
  4. Ahmad Fathi Irfan Azlan – RM3,279.00
  5. Muhammad Fikri Hakim Kama – RM1,289.50
  6. Ahmad Hamzalah Zulkiflee – RM2,681.00
  7. Mohamad Fazliera Ezlan Mohd Rosli – RM3,126.25

Hari ini sebuah laporan telah dikeluarkan yang menyatakan pasukan Kelantan FC akan dikenakan pemotongan mata jika gagal melunaskan kesemua tunggakkan gaji pemain mereka.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata keputusan itu dicapai pada Jawatankuasa Status FAM dan bakal dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM sekiranya KAFA gagal melunaskan tunggakan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

"Walaupun proses pemisahan status daripada persatuan bola sepak kepada kelab bola sepak sudah selesai, tindakan masih boleh diambil ke atas mana-mana pasukan kerana isu ini melibatkan kebajikan pemain," jelas Stuart.

Kemaskini : FAM Nafi Buat Kenyataan Kelantan FC Berdepan Tindakan Pemotongan Mata

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin menafikan telah mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media bahawa Kelantan FC akan dikenakan tindakan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Premier musim ini sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemain pasukan berkenaan.

Apa yang berlaku sebenarnya, kenyataan tersebut yang ditulis dalam artikel seperti yang disiarkan di sini: https://www.bernama.com/bm/sukan/news.php?id=1921827 merupakan rumusan yang dibuat sendiri oleh wartawan berkenaan dan bukannya dipetik daripada kenyataan sebenar daripada Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Berikut adalah klip audio rakaman perbualan temu ramah yang telah dibuat oleh wartawan berkenaan ketika menghubungi Stuart, semalam yang mana ketika menjawab soalan tersebut, Stuart langsung tidak menyatakan mengenai pemotongan mata terhadap Kelantan FC, seperti yang dilaporkan dalam artikel berkenaan.

Malah apa yang boleh didengar dalam rakaman audio itu, Stuart telah mengelak untuk menjawab soalan berkenaan pemotongan mata itu supaya tidak mengeruhkan keadaan di antara KAFA dan Kelantan FC di peringkat domestik.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama