-->

7 Fakta Menarik Menjelang Perlawanan Liverpool vs Manchester United.

Fakta Menarik Menjelang Perlawanan Liverpool vs Manchester United. Seperti sedia maklum, awal pagi isnin (18 Januari 2021) akan berlangsung derby Liverpool vs Manchester United. Perlawanan epik dan penuh dengan sejarah ini pasti dinantikan oleh peminat-peminat bola sepak liga perdana Inggeris.

Walaupun derbi ini tidak sehebat derbi rose dalam kalangan penyokong Manchester Unted namun pertembungan kali ini agak lebih menarik apabila United kini mendahului liga dengan 3 mata di hadapan Liverpool.

7 Fakta Menarik Menjelang Perlawanan Liverpool vs Manchester United.


Sudah pasti mereka mahu menang dan terus menerajui liga. Adakah United mampu melakukannya? berikut merupakan Fakta Menarik Menjelang Perlawanan Liverpool vs Manchester United.


Fakta Menarik Menjelang Perlawanan Liverpool vs Manchester United.


1. Manchester United hanya memperoleh satu kemenangan dari 10 pertemuan terakhir dalam semua pertandingan menentang Liverpool. Satu-satunya kemenangan MU diperoleh dalam Liga Perdana Inggeris, Mac 2018 (menang 2-1).


2. The Red Devils tidak pernah menang dalam empat perlawanan terakhir menentang Liverpool di Liga Perdana Inggeris (2 seri; 2 kekalahan. Bagi MU, ini adalah rekod terpanjang yang tidak pernah dimenangi menentang The Reds, dari Mac 2000 hingga Januari 2002.


3. Liverpool berpeluang meraih tiga kemenangan berturut-turut menentang Manchester United di Stadium Anfield dalam acara Liga Perdana. Sekiranya itu berlaku, ini akan menjadi tiga kemenangan pertama Liverpool ke atas United sejak kali terakhir ini berlaku pada musim 2008/2009 hingga 2010/2011.


4. Liverpool hilang 18 mata musim ini. Jumlah ini adalah yang terbesar berbanding dua musim sebelumnya.


5. The Reds menghadapi dua kekalahan berturut-turut untuk pertama kalinya, dari Ogos hingga September 2015 di bawah kendalian Brendan Rodgers. Pada masa itu, kekalahan kedua adalah kekalahan 1-3 kepada Manchester United.


6. Manchester United buat pertama kalinya menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris, setelah menjalani 17 perlawanan dalam satu musim. Kali terakhir The Red Devils membuat sesuatu yang serupa adalah pada musim 2012/2013. Pada musim itu, Manchester United, yang dibesarkan oleh Sir Alex Ferguson, berjaya merangkul trofi kejuaraan.


7. Manchester United tidak terkalahkan dalam 11 perlawanan di Liga Perdana. Kali terakhir Manchester United kalah adalah ketika mereka dikalahkan oleh Arsenal pada 1 November 2020.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama