-->

Rasmi! Napoli Tukar Nama Stadium!

Napoli Tukar Nama Stadium. Berita mengenai Napoli Tukar Nama Stadium telah pun berlegar sejak kematian lagenda hebat mereka iaitu Diego Maradona. Untuk pengetahuan anda, nama stadium Napoli adalah Stadio San Paolo. 

Semalam, menerusi kenyataan Dato Bandar Naples, Nama stadium tersebut ditukarkan kepada Stadio Diego Armando Maradona.  Keputusan Napoli Tukar Nama Stadium adalah kerana rasa sayang dan cinta mereka terhadap Maradona yang telah menyumbang keringatnya bersama pasukan.

Napoli Tukar Nama Stadium!


Untuk rekod, Napoli hanya memenangi liga Itali sebanyak dua kali dan kedua-dua tersebut adalah ketika Maradonna menjadi pemain pasukan itu.

"Dengan bakat luar biasa dan sentuhan magiknya, dia (Maradona) menyarung jersi Napoli selama tujuh tahun, memberikan dua gelaran liga yang bersejarah dan beberapa trofi berprestij lainnya," Petikan dari Ahli banda Naples dalam satu kenyataan mengenai penukaran nama tersebut.

Selain pasukan Napoli, penduduk sekitar juga merasai kehilangan Maradonna dan sangat menghargai apa yang telah dilakukan kepada pasukan tersebut.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama