-->

Maurizio Sarri Mula Dikaitkan dengan Arsenal, Pertanda Mikel Arteta Dipecat?

Maurizio Sarri Mula Dikaitkan dengan Arsenal, Pertanda Mikel Arteta Dipecat? Pasukan Arsenal kini dikhabarkan tertarik untuk mendapatkan khidmat bekas jurulatih juventus Maurizio Sarri bagi menggantikan Mikel Arteta.

Ia berikutan kedudukan Arsenal musim ini agak merisaukan. Mereka ketinggalan 8 mata dibelakang pendahulu liga tottenham dan keputusan perlawanan mereka juga agak tidak konsisten. 

Maurizio Sarri Mula Dikaitkan dengan Arsenal, Pertanda Mikel Arteta Dipecat?

Ramai juga peminat Arsenal yang tidak menyukai Arteta sebagai jurulatih disamping keputusan yang mereka peroleh musim ini. Oleh sebab itu, dikatakan pengurusan telah mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan jurulatih baru. 

Namun begitu, rekod Arteta tidaklah terlalu buruk. Dia telah berjaya memberikan dua piala buat Arsenal iaitu Piala Fa dan juga Piala Komuniti pada musim lepas.

Jadi sudah pasti, pengurusan juga akan menilai sekiranya perlu mengambil jurulatih baru atau beri lebih masa kepada arteta untuk membentuk pasukan yang ditinggalkan oleh Unai Emery itu.

Sarri pula berjaya merangkul piala Europa di Chelsea dan Piala Liga Itali untuk pasukan Juventus.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama