-->

Messi Buka Mulut Apa Yang Berlaku Pada Perpindahan Musim Panas 2020.


Messi Buka Mulut Apa Yang Berlaku Pada Perpindahan Musim Panas 2020. Keputusan untuk meninggalkan Barcelona di buat oleh Lionel Messi pada perpindahan musim panas 2020. Ia berikutan masalah dalaman pasukan itu sehingga menyebabkan Messi membuat keputusan tersebut. Messi juga akui dia menghadapi satu fasa yang buruk sepanjang musim panas 2020. Namun, dia telah melupakan apa yang berlaku dan kini dia kembali fokus dengan Barcelona. 


Messi Buka Mulut Apa Yang Berlaku Pada Perpindahan Musim Panas 2020.

Dalam wawancara bersama dengan Radio RAC1, Messi secara terang-terang menceritakan apa yang berlaku pada akhir musim lepas.

" Sejujurnya, sekarang ini saya baik-baik saja, Memang betul, saya mengalami masa yang sangat buruk pada musim panas, malah perkara itu telah dimulai sebelum itu lagi".

"Apa yang terjadi sebelum musim panas adalah kerana cara bagaimana musim lalu berakhir,fask dan semuanya. Lalu, itu sedikit merebak hingga awal musim ini " kata messi.

Walaupun Barcelona masih ketinggalan pada musim ini, Messi merasakan keadaannya sudah jauh lebih baik daripada musim panas lalu.

" Hari ini saya baik-baik saja. Saya merasa serius memperjuangkan apa pun yang ada di depan, Saya bersemangat. " kata Messi lagi.

" Saya tahu kelab melalui masa sukar, di bahagian kelab dan pasukan. Apa pun di sekitar Barcelon ia menjadi sukar tapi saya selalu menantikannya." kata Messi.

Baru-baru ini, Messi telah menjaringkan gol yang ke 643 dan telah memecah rekod Pele sebagai pemain paling banyak menjaringkan gol untuk satu pasukan.

Messi, yang akan berusia 34 tahun pada musim panas 2021 masih menjadi pemain vital di Barcelona. Selama tampil sebanyak 748 kali untuk tim utama, ia mengemas 643 gol. 


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama