-->

Manchester United Gagal Menang Derby!

Manchester United Gagal Menang Derby! Awal pagi tadi waktu Malaysia telah berlangsung perlawan derby manchester melibatkan pasukan Manchester United vs Manchester City. Namun keputusan akhir adalah 0-0. Kedua-dua kelab berkongsi mata hasil dari derby ini.Kenapa aku kata Manchester United Gagal Menang Derby?

Jelas sekali dalam perlawanan ini, United lebih garang dan lebih baik berbanding City. Namun seperti biasa, masalah penyerang menjadi punca mereka gagal menembus gawang City.

Manchester United Gagal Menang Derby!


Jumlah possesion Manchester United hanya 46.2 % berbanding City yang mendominasi perlawanan dengan 53.8%. Disebabkan itu juga, kedudukan dalam carta liga juga telah berubah. United di tangga ketujuh dengan 20 mata, manakala City di tangga ke 8 dengan 19 mata.

Pada minit ke 11, Scott Tominay gagal menyambut bola tandukan Lindelof berhampiran dengan gol City. United juga sekali lagi menyerang City, namun Ederson terus berjaya menghalang percubaan tersebut. 

City juga menyerang pada mini ke 25 melalui Gabriel Jesus namun, percubaannya melambung tinggi. Pada minit 31, Harry Maguire pula mengancam City namun, percubaannya melambung tinggi.

Pada minit ke 35, Mahrez hampir menjaringkan gol namun De Gea berjaya menghalang tendang tersebut. Walapun bola yang dihalang itu melambung ke kaki De Bruyne, pemain itu masih gagal menjaringkan gol.

Separuh masa kedua di buka dengan serangan baik dari Greenwood pada minit ke 52, namun percubaanya itu hanya sekadar melepasi sisi kanan gol.

Kemudian Rashford juga turut membantu serangan tetapi masih gagal menembusi gawang ederson.

Minit ke 60, Fernandinho melepaskan tendangan deras dari luar kotak penalti tapi sayang, percubaan itu jauh tersasar. Keputusan akhir perlawanan adalah 0-0!

Susunan Formasi kedua-dua pasukan.

Manchester United (4-3-1-2): David de Gea; Aaron Wan-Bissaka, Victor Lindelof, Harry Maguire (c), Luke Shaw; Scott McTominay, Fred, Paul Pogba; Bruno Fernandes; Marcus Rashford, Mason Greenwood (Anthony Martial 74').


Mancheser City (4-2-3-1): Ederson; Kyle Walker, John Stones, Ruben Dias, Joao Cancelo; Rodri, Fernandinho; Riyad Mahrez (Ferran Torres 66'), Kevin De Bruyne, Raheem Sterling; Gabriel Jesus.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama