-->

Liga Sepanyol: Selepas Real Madrid, Cadiz Tewaskan Barcelona Pula!

Selepas Real Madrid, Cadiz Tewaskan Barcelona Pula! Pasukan yang baru naik ke liga utama sepanyol La Liga iaitu Cadiz mencipta kejutan menewaskan gergasi dunia, Barcelona dalam perlawanan semalam. Selepas Real Madrid, Cadiz Tewaskan Barcelona Pula dengan jaringan 2-1. 

Rumusan Babak Pertama.

Barcelona bermain tanpa pemain Gerard Pique yang masih cedera. Lionel Messi yang tidak bermain dalam perlawanan Champion League baru-baru ini bermula dalam kesebelasan utama.

Selepas Real Madrid, Cadiz Tewaskan Barcelona Pula!


Namun, Barcelona ketinggalan lebih awal kepada Cadiz. Pada minit ke-8, Alvaro Gimenez menjaringkan gol awal dan ini merupakan gol pertama selepas 3 perlawanan Barcelona tidak bolos.

Barcelona segera membalas. Pada minit ke-14, peluang Philippe Coutinho masih tidak dapat menembusi gawang Cadiz. Selang tiga minit kemudian, peluang Martin Braithwaite pula digagalkan penjaga gol Jeremias Ledesma.

Lionel Messi melepas tendangan melengkung pada minit ke-26, tetapi gagal mendapatkan gol. Messi kembali mendapat peluang pada menit ke-43, tapi masih gagal menambah jaringan.

Barcelona menguasai 80 peratus penguasaan bola, dengan lima shots tapi gagal mencetak gol di babak pertama. Sedangkan, Cadiz dengan satu shot dan 20 peratus penguasaan bola mampu mencetak satu gol.

Selepas Real Madrid, Cadiz Tewaskan Barcelona Pula!

Rumusan Babak Kedua.

Barcelona memulakan babak kedua dengan dua pergantian pemain. Oscar Mingueza dan Coutinho dibawa keluar. Ronald Koeman memasukkan Pedri dan Ousmane Dembele.

Cadiz bertahan sangat rapat, seperti pada babak pertama. Akan tetapi, sebuah kesalahan terjadi pada menit ke-57. Pemain pengganti, Pedro Alcala, membuat gol terbias selepas tendangan jordi Alba terkena kaki pemain berkenaan. Skor menjadi 1-1.

Alvaro Negredo baru satu minit masuk sebagai pemain gantian berjaya menjaringkan gol pada minit ke-63. Ia menjadikan skor 2-1.

Penjaga Gol Cadiz beraksi agak baik. Dia menggagalkan peluang Sergino Dest dan Lionel Messi pada minit 73 dan 74. Kemudian, dia menyelamatkan percubaan Messi pada minit ke 86.

Keputusan akhir, Barcelona kalah dengan jaringan 2-1.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama